Friday, April 25, 2008

Mentakrif KEJAYAAN

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Setiap orang ingin berjaya dalam hidupnya. Ini adalah fitrah semulajadi. Hanya orang yang tidak sihat fitrahnya tidak menginginkan KEJAYAAN dalam hidup mereka.

Namun tidak ramai orang yang benar-benar mencapai KEJAYAAN dalam ertikata yang sebenar. Diantara sebab utamanya ialah kegagalan mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan KEJAYAAN.

Mentakrif KEJAYAAN adalah langkah pertama ke arah mencapai KEJAYAAN.

Apakah takrif KEJAYAN anda?

Fikirkan perkara ini. Ambillah masa untuk mencari jawapannya.

Thursday, April 24, 2008

Mengenai Rekabentuk Blog

Salam & Selamat Sejahtera.

Rekabentuk blog ini adalah sementara sahaja.

Ia akan terus dibaiki supaya kelihatan lebih menarik. Cadangan dan bantuan anda sangat diperlukan dan dihargai.

Segala kekurangan di peringkat ini sangat dikesali.

Aluan

Salam & Selamat Sejahtera.

Selamat berjumpa dalam blog ini. Tujuan blog ini diadakan adalah untuk membantu pelajar mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pengajian dan seterusnya kehidupan.

Blog ini juga merupakan satu saluran perkongsian pengalaman dan idea dari saya, sebagai pensyarah dan bapa kepada pelajar sekalian.

Doakanlah saya mampu membimbing pelajar-pelajar dengan sebaiknya, melalui blog ini.

Segala cadangan dan pandangan sangat-sangat dialukan.

Sekian.